Tuesday, December 15, 2009

Bisnes oh bisnes..



Holla sahabat-sahabat semua..

entri kali ni den nak berubah laa dah..malas nak tulih sgt soal hati n perasaan ni..nyampah,huhu..
kali ni nk sembang-sembang pasal bisnes sikit laa..
nak kasik info sket pasal bisnes..How to start up your own biz?

'Semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang memberi satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat. Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk mendapatkan semula peluang tersebut.Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

So..Let's check diz out..

1. Baru Bermula

Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab korang mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :

· Anda ingin menjadi seorang majikan
-korang tak kan taknak jdik bos kowt..impian semua orang..

· Anda inginkan kebebasan kewangan
-
hurmm..nak harapkan gaji hujung bulan je..abiskan camtu je bayar hutang keliling pinggang..

· Anda inginkan kebebasan kreativiti
-itu company aku yang punya..ikut suka aku laa nk buat cmne..hihi

· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada
-
insyaAllah..berbakti pada bangsa,agama n negara..

2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda :

· Apa yang saya buat di masa lapang?
-merehat kan minda n merahatkan badan..no life at all..

· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
-macam-macam skill kowt..all about cars n customer service..

· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
-
ntah..xde plak org len kate pape..ok je kowt aku buat keje..hohoho

· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
-
of course lor..mak da bg green light kowt..'ikot lah wan,yang pasti buat betol-betol'..'da ckup dwit nnt mak carikan calon utk wan' =)

· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
-
byk sgt kowt mase ni ade..tak baik buangkan mase ni..

· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?
-
insyaAllah ade yg minat ngan hobi aku ni..bleh buat marketing banyak-banyak..huhu

3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda. Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:

· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
-mayb a business in services..lot of services to provide

· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
-
technology kowt..

· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
-
insyaAllah..dunia da semakin moden kn..

· Siapakah pesaing saya?
-
ramai pesaing..but kene optimis n think positive sket..use ur brain..

· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
-
quality n service

· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
-
insyaAllah..customer is alwaiz rite..

· Bolehkah saya mewujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?
-
in da future..

4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:

· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
-
i give all my strength n my ideas..

· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
-
i'm clean..x bt jenayah lg kowt..huhu

· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
-mesti laa kene organised sket..bg secretary bt kn,hihi..

· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
-
aku ade insuran nyawa dh..

· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
-bekalan dunia akhirat..huhu

· Apakah imbuhan untuk diri saya?
-
lot of things..

· Apakah sumber yang saya perlukan?
-
survey n financial..

· Di manakah premis perniagaan saya?
-
masih dalam survey lg..

· Apakah nama perniagaan saya?
-ARD GlobalTech-

Soalan-soalan kat atas ini akan membantu korang untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah korang menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan. Apabila korang berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.

So,aku juz nk share je ttg sume ni ngan korang sume..it's a good info..hope dapat memberi manfaat ea..

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..uhuk3~

cred to::. bizcom.net.my

2 comments:

Akke said...

bosan dow nk bace..hahahahha

AHRED said...

ape laa pek..x berjiwe bisnes beb..xpe2,ak mls nk bt luahan perasaan sgt da skang..sket2 jah..haha