Sunday, June 19, 2011

I miss u...


Sumpah saya rindu sangat-sangat kat awak..

kenapa kau diam tanpa sebarang kata..di saat aku ungkap semua rasa...

ku berharap agar Tuhan mendengar doa ku...

Saya penat...sebak terasa bila teringat pak berpesan 'Wan datang laa slalu tgok Pak,Pak pon sebak bile kate kan camtu..'

Hepi father's day Pak..even u r not my father..wan hormat ngan Pak..semoga Pak sehat-sehat slalu..




Monday, May 9, 2011

Andai Ini Takdirnya..

Jangan sesekali buat org yg mencintai kita kecewa..

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Thursday, July 22, 2010

HapPy a meMorable Anniversary dear..


Holla sahabat-sahabat..

Lame jugak tak meng 'update' natam blog ni..baru ku sedar yang aku ni ade blog..wawawa..

Last update adelah 20th April?? Pastu kemane aku pergi yer..

Aku tak kemane-mane pon..Hanya bz ngan kerja-kerja duniawi je..huhu

Selagi impian tak tercapai,selagi tu aku kan bekerja keras..

walau pon aku terpaksa melupakan segala keseronokan yang lain..

Tiba-tiba plak arini aku leh ter free utk meng 'update' blog ku ini..

Ada Apa dengan tajuk entri aku kali ni yaa..mesti korang tertanya-tanya kn..wawawa..

Bila plak aku melangsungkan perkahwinan nk anniversary2 ni..huhu

tapi sedar tak sedar..it's been 3 years tomorrow..24th July.. (tarikh agak keramat)

mase berlalu mmg terlalu pantas untuk aku rasekan

aku rasekan bagai semalam ku bersamanya,melafazkan kate-kate cinta pade dia..

dan aku rasekan bahagia bila dia disampingku..

TAPI.....semuanya hanyalah kenangan buat diriku ini..

walau silih berganti,walau datang dan bergantinya dia..mengapa aku terus menunggu...

sungguh aku tak sanggup berpaling dari dia..

KINI..dia telah pergi lagi dariku untuk ke sekian kalinya..tiada lagi anniversary ku bersamanya..

ku masih merindukan dia walau kini ku telah bersamanya..

aku mengharapkan dia kn bahagia di sana..kerana aku tak dapat lagi berikan kebahagiaan pada dia..

aku terus mengejar impianku..walau kadang-kadang terlintas bayangan dia di fikiranku..

Andai dia tahu betapa aku terlalu sayangkan dia..dulu..kini..dan selamanya..

selamat tinggal kenangan,selamat tinggal cinta..

Happy Anniversary for a 3rd years syg..~in memories..~

Tuesday, April 20, 2010

Warkah Buat AWAK dan DIA..


Assalamualaikum w.b.t..

AWAK ape kabaw?hope AWAK sehat je di sana..it's been so long since da last tyme i met u..
n i should realise dat i really miz u..n i hope dat u will miz me too..

21st April..

dah dekat nak setahun jugak kita berpisah kan AWAK..saye tak tahu nape sampai sekarang saye tak boleh lupakan AWAK..sampai bile sume ni akan berakhir ye..AWAK katekan pada saye yang AWAK nak pergi sepenuhnya dari saye..tapi nape AWAK datang balik pada saye..

Ntahlah AWAK..memang saye dah rase bahagia seketika lepas kite berpisah..tapi memang hanya untuk seketika..saye pon redha,mungkin Allah nak tunjukkan pada saye bahawa DIA bukan terbaik buat saye..n DIA berhak dapat yang lebih baik dari saye..saye mengaku selame ni saye seorang budak yang agak jahat..saye bersyukur kerana Allah telah tunjuk kan segalanya..kini saye juz berharap DIA bahagia dan dapat mencari seorang yang lebih baik dari saye..walaupun DIA pernah berkata yang DIA hanya mahukan saye saje sebagai kekasih dunia dan akhirat..tapi semuanya ketentuan-Nya..saye redha dengan semua yang terjadi..saye pun tak sanggup menipu lagi perasaan saye yang keliru selama bersame DIA..jujur saye kate kan saye tak sanggup mencintai DIA hanya untuk melupakan AWAK saje..saye masih merindukan AWAK walaupun ketika itu saye ada DIA..saye tak dapat cuba lupakan AWAK..andai jodoh itu dengan DIA jugak,saye akur..tapi rasenye seperti mustahil..DIA dah buang saye sepertimane AWAK buang saye dulu..saye dah berhenti berharap..

AWAK dan DIA..
saye sukekan kehidupan saye sekarang,karier saye..dunia yang tiada perasaan lagi..cume yang saye takotkan sekarang hanyalah,saye takut akan mempermainkan perasaan seseorang..terutama seseorang yang bergelar perempuan..saye suke berkawan dgn perempuan..tapi,AWAK dan DIA tak pernah saye anggap sebagai kawan sepanjang hayat saye..maafkan saye,both of u are special to me..saye sayangkan AWAK dan DIA..sayang yang teramat sebenarnya..AWAK pun tahu nape saye terlalu sayangkan AWAK selame ni..tapi AWAK pergi jua akhirnya..saye redha..saye pegang kate-kate ini..'Sekuat mane kite sayangkan seseorang itu,kite kene rela untuk lepaskan dia akhirnye kerana itulah sayang yang sebenar-benar tulus dan ikhlas'

Kini..
saye bersendirian..tidak mengape kerana masih ada sahabat-sahabat yang sanggup same-same bersuka,berduka,berpayah dan bersenang dengan saye..walau ade ketika saye berharap sesuatu yang indah dulu akan kembali kepada saye semula..adapun ia tak seperti dulu kerana saye adalah saye yang kini terus mengejar impian untuk berjaya..walau kegagalan demi kegagalan yang melanda dari dulu hingga kini,namun saye takkan pernah berputus asa..

Saye mendoakan AWAK dan DIA sentiasa bahagia di dunia dan akhirat..semoga AWAK dan DIA berjaya dalam kehidupan masing-masing..saye pohon agar AWAK dan DIA tidak lagi menghubungi saye selepas ini dengan apa jua cara sekalipun jika AWAK dan DIA tidak mahu melukakan hati saye lagi..kecuali ingin kembali kepada saye..itu saje permintaan terakhir saye..pergilah..juz go..saye relakan pemergian AWAK dan DIA..kerana sayang~

Malam yang sungguh hening..kadang-kadang boleh minitiskan air mata ini..~

Salam sayang dari saye,

-PencintaMu-

p/s: andai AWAK/DIA bace entri kali ni,maafkan saye..inilah luahan hati yang dapat saye luahkan..




Sunday, April 4, 2010

Kau Pergi..


Sayang..
Mengapa kau pergi..
Tinggal aku sendiri..
Kau tahu ku tak sanggup...

Wednesday, March 10, 2010

Tips Berguna Buat Sahabat..


Apa khabar sahabat-sahabat, semoga anda sentiasa dalam

keadaan sihat walafiat dan ceria selalu disamping

orang yang disayangi.Agak lame asenye x hupdate blog ni,

bz seyh..Oklah, pada kali ni,ak nak bagi satu tips.

Tips ini khas untuk si teruna dan dara.Especially..

bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk

bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa

yang terdekat ini, iaitu,

tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting

dan amat mendebarkan,lebih-lebih lagi jika ia adalah

merupakan pertemuan kali yang pertama.

Seperti yang orang jawa selalu kata..

"first impression is important", eh orang jawa kata ke?..

Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting

untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun

kurang disenangi oleh bakal mertua anda.

Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah

kurang senang dengan diri anda,pastinya, perjalanan anda

untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi

sedikit sukar.Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik

sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali

bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian

dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri,

ataupun sempena apa-apa majlis dimana,

tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan

anda.Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua

anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika

kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu

oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi

sedikit janggal.Jadi, elakkan datang berjumpa dengan

bakal mertua anda secara tiba-tiba ataupun atas

desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu

cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah

murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan

ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh

tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".


Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt

yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian..

datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor"

anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti.

Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek

beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung

sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah

bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju

berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang

saya nyatakan tadi, first impression itu penting.

Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda

bahawa anda adalah seorang yang matang dan

bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati

bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit

hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.


Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali

pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah

mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda,

manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang

lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya

adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak

kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja?

Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?

Jadi, disini,ak nak bagi satu tips. Jika anda adalah

seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang

ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti..

pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda.

Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara

yang diminati oleh ibu bapanya? Adakah mereka minat

memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun?

berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa

pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit

kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang

berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu.

Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda

kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan

guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke..

isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke..

atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Ak tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu

tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua

anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang

perkara-perkara yang bakal mertua anda minati.

Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi..

jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai

penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu

apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah

isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya..

buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya.

(sebab itulah ak cadangkan anda berjumpa sewaktu

menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan).

Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti..

pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan

kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu.

Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan

menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata..

"angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan

dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih

sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan,

jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah

sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu

memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk

selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya

dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama

keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak

kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi..

hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya?

Anda boleh cuba...!!!

Oklah!.. panjang pulak ak ngarut kali ini. ak rasa,

cukuplah sampai disini sahaja dulu untuk kali ini,

insyallah.. jika ada masa terluang, ak mengarut lg.

Smoga dapat memberikan sedikit ilmu pada sahabat-sahabat.

Akhir kata, ak doakan saat pertemuaan anda dengan bakal

mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati

bakal mertua anda. Untung-untung.. kuranglah sedikit wang

hantaran anda nanti.. he! he! he!...

p/s:ak pon ngah doa banyak-banyak semoga bakal

ibu & bapa mertua menerima ak ni seadanye..huhu

Thursday, February 4, 2010

Aku Rindu..Sayang kamu..


Terase lonely secare tibe-tibe..demmmmmm

Moral is down~

Tak terkate pape laa mlm ni..syahdu nye ase..

Sakit di dada yg semakin terasa parahnye..

Tuhan..tabahkan hatiku..

sekian~