Entri kali ni juz nak kongsikan sumthing ngan korang-korang yang baru nak berniaga..ato pon bru je stat berbisnes..even kecik mne pon bisnes kte..start small n think big..got it?
Tapi setiap bisnes ade risiko tersendiri..Umpama roda..kite takkan selalu di atas..kdg-kdg kite akan dibawah,sumtime kte akan jatuh..Kite takkan berjaya kalo apabila kite jatuh dan kite tak bangun semula..Usaha+tawakal=kejayaan..
Di sini..ingin dikongsikan sket tentang 10 KESILAPAN UTAMA DALAM PERNIAGAAN KECIL..
Jom lihat ape kesilapan yang mungkin kite sendiri tak tahu dan pikir-pikirkan..
1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja.Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada korang.
2. Tiada Pelan PemasaranPelan
Pemasaran boleh memberikan perhatian yang korang perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarikan pelanggan terhadap bisnes korang! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan korang dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan pesaing akan mempengaruhi perniagaan korang, kecuali jika korang kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun korang tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun korang mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang korang fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat korang dalam tempoh tersebut.
5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8. Penyendiri
Korang mungkin tahu kesemunya tetapi korang tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Korang perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9. Tiada 'Mastermind'
Korang perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang mempunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang korang percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah,kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya korang gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.
Ini laa antara info utk dikongsikan bersame..so,hope korang dapat sket info ya..hope diz info bergune utk korang..
cred to:.bizcom.net.my
No comments:
Post a Comment