Apa khabar sahabat-sahabat, semoga anda sentiasa dalam
keadaan sihat walafiat dan ceria selalu disamping
orang yang disayangi.Agak lame asenye x hupdate blog ni,
bz seyh..Oklah, pada kali ni,ak nak bagi satu tips.
Tips ini khas untuk si teruna dan dara.Especially..
bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk
bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa
yang terdekat ini, iaitu,
tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.
Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting
dan amat mendebarkan,lebih-lebih lagi jika ia adalah
merupakan pertemuan kali yang pertama.
Seperti yang orang jawa selalu kata..
"first impression is important", eh orang jawa kata ke?..
Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting
untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun
kurang disenangi oleh bakal mertua anda.
Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah
kurang senang dengan diri anda,pastinya, perjalanan anda
untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi
sedikit sukar.Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik
sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.
Tips #1 : Masa
Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali
bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian
dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri,
ataupun sempena apa-apa majlis dimana,
tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan
anda.Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua
anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika
kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu
oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi
sedikit janggal.Jadi, elakkan datang berjumpa dengan
bakal mertua anda secara tiba-tiba ataupun atas
desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu
cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah
murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan
ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh
tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".
Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".
Tips #2 : Pakaian
Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt
yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian..
datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor"
anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti.
Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek
beserta dengan seluar slack.
Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung
sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah
bagi perempuan dari segi pemakaian.
Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju
berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang
saya nyatakan tadi, first impression itu penting.
Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda
bahawa anda adalah seorang yang matang dan
bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati
bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit
hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.
Tips #3 : Topik perbincangan
Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali
pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah
mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda,
manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang
lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya
adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak
kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja?
Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?
Jadi, disini,ak nak bagi satu tips. Jika anda adalah
seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang
ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti..
pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda.
Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara
yang diminati oleh ibu bapanya? Adakah mereka minat
memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun?
berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa
pekerjaan ibu bapa kekasih anda.
Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit
kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang
berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu.
Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda
kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan
guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke..
isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke..
atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.
Ak tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu
tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua
anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang
perkara-perkara yang bakal mertua anda minati.
Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi..
jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai
penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu
apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah
isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya..
buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya.
(sebab itulah ak cadangkan anda berjumpa sewaktu
menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan).
Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti..
pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan
kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu.
Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan
menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata..
"angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan
dengan syariat agama.
Tips #4 : Rajin-rajinkan diri
Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih
sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan,
jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah
sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu
memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk
selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya
dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama
keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak
kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi..
hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya?
Anda boleh cuba...!!!
Oklah!.. panjang pulak ak ngarut kali ini. ak rasa,
cukuplah sampai disini sahaja dulu untuk kali ini,
insyallah.. jika ada masa terluang, ak mengarut lg.
Smoga dapat memberikan sedikit ilmu pada sahabat-sahabat.
Akhir kata, ak doakan saat pertemuaan anda dengan bakal
mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati
bakal mertua anda. Untung-untung.. kuranglah sedikit wang
hantaran anda nanti.. he! he! he!...
p/s:ak pon ngah doa banyak-banyak semoga bakal
ibu & bapa mertua menerima ak ni seadanye..huhu
Wednesday, March 10, 2010
Tips Berguna Buat Sahabat..
Subscribe to:
Posts (Atom)