Wednesday, January 27, 2010

Kenapa?

holla sahabat-sahabat pembace blog aku yg tak brape nak ade pembace..huk3~

terkejot ngan tajuk entri aku kali ni..yeahhh..knape?why?pour qui (btol ke aku eja ni,hihi)

aku rasakan minggu ni adalah minggu yang mencabar dan banyak dugaan bagi aku..

begitu banyak yang di fikirkan..begitu serabut rasenye fikiran aku ni..

ape laa yang aku merepek ni kan,huk3~

sebenarnye banyak bende untuk aku nak tulih..tapi bile nak stat menulis je mcm gone je sume idea...demmmm (act i'm not gud in writing,huhu)

1st of all laa..

aku mmg tengah serabut sbb nak set up biz..mmg banyak halangan n banyak dugaan..hanya Tuhan je yg tahu perasaan aku cmne di kala ni..

Ya Allah..Bantulah hambamu ini..sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah..

harapan agar sape yang membace blog aku ni pon dpt mendoakan aku..insyaAllah..

kadang-kadang aku down gile asenye..tapi aku tak boleh give up..insyaAllah..

knape laa begitu banyak pilihan?aku harus pilih yang mane..

Ya Allah..Berikanlah petunjuk kepadaku..

2nd thing yg terjadi..

ni mgkin salah satu sebab kadang-kadang aku down..

bile ade orang yg meng 'down' kan aku..ntah laa..

serius aku rase bengang+marah+1st time aku menggigil (sbb marah kowt,bkan isap dadah ye,huhu)

kat cni aku nak luahkan laa segalenye..maafkan aku kalo engkau membace..

aku dah lepas kan engkau,engkau tak puas lagi ke nak mainkan perasaan aku ni..

mmg satu benda yg perit n sgt derita bile aku lepaskan engkau..

tapi itu yang aku rasekan terbaik bile engkau hanya nak mainkan perasaan aku..

aku dh tutup keaiban engkau,kenape engkau tikam aku balik..

walau aku tahu di mate kawan-kawan engkau,aku ni terlalu jahat..

aku pon dah tak tahu ape drama plak yg akan engkau lakonkan pada kawan-kawan engkau..

mmg engkau katekan dun see other perfection..

tapi engkau sendrik penah ke sedar diri engkau cmne..

memang sumpah aku terlalu sayang kan engkau..tapi engkau bt aku cmni..

aku tak penah berdendam,aku cbe nak berbaik..tapi ini yang aku dapat..

engkau hina aku dan kawan-kawan aku..mereka hanya melihat..aku tak penah nak amik tahu,tapi dah kalau dia nak citekan pon biaw laa..

aku dah penat..terlalu penat pikirkan ke budak-budakan cmni..

aku tahu engkau takkan penah serius untuk pikir semua ni..

engkau pikirkan hati engkau sahaja..aku hny boleh katekan engkau selfish..

nasihat aku,agar engkau tak membuka pekung di dada engkau sendiri..

ckup laa untuk rasekan aku ni terlalu jahat..aku takkan penah buat sesuatu yg dapat mengaibkan mahupun menyakitkan engkau..

aku takkan buat pd org yang aku sayang..

pergilaa..memang menitis air mata aku ni bila aku cuba buang engkau terus dalam hidup aku ni..

setiap hari,mesej yg engkau hantar pada aku yang aku masih simpan aku delete..(mesej tyme kite mule-mule kite knal smpai kite berpisah)

sampai laa abis semua nye tentang engkau..tentang engkau..

aku bersumpah takkan jejak ke tempat kite bersame dulu..jadikan ia hny sebagai kenangan terindah..

mungkin untuk segala yang aku buat selama ini untuk engkau,aku tak anggap sebagai pengorbanan..tapi aku anggap sebagai satu penghargaan buat aku bile aku dapat buat yg terbaik untuk engkau..

ianya adalah suatu penghargaan bile aku dapat membahagiakan engkau..walau hanya untuk seketika..

kini aku tahu engkau bahagia..semoga engkau akan dapat ape yang engkau cari selame ini..

selamat tinggal..~

p/s:maafkanku ~to sumone kalo die bace..

Monday, January 25, 2010

Antara Cinta dan Perkahwinan..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

Sunday, January 17, 2010

Untukmu Selamanya...

Salam kepada semua..

Rase mcm dah lame tak meng 'update' blog ni..biasek laa..

aku ni bukan kaki blogging pon sebonanye..hehe..saje gatai tangan nak buat..huhu

membe aku penah berkate yang blog ni leh jadi satu landasan untuk meluahkan perasaan..

ko tulih laa ape pon dalam blog ni..ade orang nak bace ke tak,ape aku nak pedulik..haha

untuk dalam mase beberapa hari ni..aku rase macam tak bape betul sket..

tak pernah aku mengerti apa yang kini aku rasekan..

kegelisahan hati aku saat ini..

aku rase mcm org gilak pon ade laa..nak buat keje pon tak boleh..down seyh..

ape yang aku kejar sebenarnye..aku pon tak paham ngan ape yang aku rase..

bodoh laa..bodoh..bodoh..

kalau laa boleh hati aku ni aku cuci ngan clorox..aku cuci gaks skang ni..

Maafkan ku sayang..

'ku masih merindukan mu..walaupun kini ku telah bersamanya...

tak pernah mampu ku cuba lupakanmu..'

engkau tamak..terlalu tamak..tanpa pikir kn hati sesiapa pon..

i really hate diz feeling..

SAYANG tanpa CINTA..berbaloi kah??

~tentang seseorang~



Thursday, January 7, 2010

Adakah Engkau dapat Rasa Apa yang Aku Rasa..



Holla..aku menemui sebuah karya yg menarik laa..hope korang enjoy membace nye..

LAYANNZZZZZ...

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

hope dapat laa memberikan sedikit kesentuhan estetika dalam hati pembaca ye..
nape peluang tak penah diberikan..
Andai Engkau Tahu~

Saturday, January 2, 2010

Tahun Baru..Ape yang Baru??


Ucapan salam di mulakan untuk entry kali ni..

Assalamualaikum ya Ahli kubur..wahaha (azam taun baru kowt ingin bertobat maksiat)

arini dah masok 2hb january 2010 pon..aku baru nak wishkan kt korang-korang hepi new year..

terlambat plak asenye aku meng wish kan new year ni..

Ntah laa..mayb aku tak terasa yang tahun 2010 ni tahun baru ke..?

mane tak nye,sambut new year pon di pusat snooker I-city.. (promote sket,tokey snooker kne bg komisen sket asenye,haha)

tapi aku dapat laa jugak tengok bunge api..

naseb bek aku x lepak kt putrajaya jah..kalo x juz balik kehampaan laa..

xde bunge api pon kt putrajaya tahun baru ni?

kerajaan da abes duit kowt nak bt bajet utk men bunge api taun baru ni..haha

cian org-org yang dah siap tggu tepi2 jambatan sembilu n seangkatan nye jambatan di Putrajaya..

kol 12.05 a.m pon sebatang bunge api pon x meletus-letus..

yang ade cume letusan api lighter untuk menyalakan sebatang okok..huhu

naseb laa aku bukan di putrajaya tyme tu..ni sume akak aku laa yg cite..

aku ngah sonok-sonok di shah alam..

tgok bunge api sambil tgok bunge-bunge di taman larangan,haha..

so,bile dh tahun baru ni..ape lagi yg bakal di tanya kan..

AZAM korang laa..bukan En. Azam mahupun Azamril Nasil@kome..huhu

mcm aku ni azam mmg macam-macam asenye..

orang kate kalo dah tahun baru..sumenye baru laa kowt..

aku ni ape yang asenye nak baru ea..nak kate nak berbini baru pon,sorang pon takde lg..huhu

awek baru?entah laa..mane laa awek aku pegi ea..oh,Jauh Kau Pergi-Saleem..

so,azam aku biaw lah rahsia..hanya aku n Dia je tahu..

harapan agar tahun 2010 ni akan membawa kebahagiaan pade aku..walau sebenarnya 2009 adalah tahun yg paling bahagia buat aku..tapi 2009 juga adalah tahun kejatuhan aku..i hate dat feeling..

Semoga rezeki aku akan lebih melimpah ruah..insyaAllah..

so,ape azam korang-korang ekk..harapan agar azam korang akan tercapai..

same-same lah kte berdoa dan berusaha dgn lebih kuat tahun ni..

2010 mungkin akan jadi :

  • Tahun Kebahagiaan anda
  • Tahun Perkahwinan anda
  • Tahun Kebangkitan anda
  • Tahun Melawat Malaysia pon ok..hihi
Selamat Tahun Baru buat semua pembaca n sahabat-sahabat yang same-same memberikan semangat di kala jatuh n bangun nye aku..

Walimatul Urus..~

merenung mase depan~